Friday, July 30, 2010

PATRIOTISME ASAS PERJUANGAN MALAYSIA

PENGENALAN dan DEFINISI


Patriotisme didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap
'tanah air' oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan. 'Tanah air' atau 'ibu
pertiwi' itu mungkin suatu bandar atau rantau, namun patriotisme ini memaksudkan
bangsa dan/atau negara.
Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti bangga akan pencapaian dan budaya bangsa,
kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya, dan identifikasi dengan
ahli-ahli lain dalam bangsa. Patriotisme dikait rapat dengan nasionalisme, dan
istilah-istilah ini digunakan seolah-olah bersinonim dengan satu sama lain.
Patriotisme mengandungi konotasi etika. Contohnya 'tanah air' ini sendirinya
adalah satu taraf moral atau nilai moral. Patriotisme juga membayangkan bahawa
seseorang wajar mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan diri dan
kelompoknya. Ketika peperangan, mungkin nyawa diri yang perlu dikorbankan. Gugur
dalam pertempuran demi tanah air merupakan contoh tipikal bagi patrotisme ekstrem.

ISI- ISI

Jenis patriotisme

Nilai patriotisme boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

(i)Patriotisme peribadi
(ii) Patritisme rasmi

Patriotisme peribadi adalah berperasaan dan sukarela. Patriot mematuhi nilai-nilai
patriotik tertentu, seperti menghormati bendera.
Kerajaan memupuk patriotisme rasmi yang penuh isi simbolik dan istiadatnya.
Patriotisme ini adalah kepentingan logik negeri itu sendiri, yang memperoleh
kesahan dari menjadi penyataan kebaikan bersama komuniti politik. Tugu negara dan
Hari Bekas Perajurit dan upacara peringatan merupakan contoh-contoh tipikal bagi
jenis patriotisme ini. Selalunya patriotisme rasmi diatur oleh protokol, dengan kaedah-kaedah tertentu untuk mengendali bendera, atau jaminan atau penunjukan

kesetiaan tertentu.
Patriotisme banyak bergantung kepada tindakan simbolik, seperti mempamerkan
bendera, menyanyi lagu kebangsaan, menyertai perhimpunan beramai-ramai, meletakkan
pelekat bampar patriotik pada kenderaan, atau apa-apa cara sekalipun untuk
menyatakan kesetiaan kepada negara di peringkat umum. Patriotisme simbolik ketika
perang dijangka menaikkan semangat yang pula menyumbang kepada usaha perang.

Patriotisme masa aman tidak boleh dikaitkan begitu mudah kepada faedah yang boleh
diukur untuk negeri, namun patriot tidak merendah-rendahkannya.

UNSUR PATRIOTISME

Sifat patriotism ini mempunyai beberapa unsur, iaitu:

1. Berusaha membangunkan negara Malaysia berbangga dan bersyukur terhadap tahap kemajuan pembandaran negara Malaysia. berbangga dan bersyukur terhadap kemajuan petempatan di Malaysia. berbangga dengan kepelbagaian aktiviti ekonomi dan eksport Negara Malaysia.
berbangga dengan pembangunan ekonomi negara Malaysia.
berbangga dengan tahap kemajuan kegiatan ekonomi negara Malaysia.
berbangga dengan tahap kemajuan kegiatan ekonomi setempat.
bersyukur dengan sumbangan bentuk muka bumi kepada pembangunan negara Malaysia.
bertanggungjawab dan berkeupayaan membangunkan petempatan negara Malaysia.
bertanggungjawab dan bersedia memberi sumbangan terhadap pembangunan negara Malaysia.
menghargai peranan kerajaan dalam mempengaruhi petempatan negara Malaysia.
menghargai peranan kerajaan dalam mempengaruhi petempatan di Malaysia.
menghargai usaha kerajaan dalam membangunkan ekonomi negara.
menghargai usaha-usaha yang diambil untuk memajukan sumber tenaga negara Malaysia.

2. Mempertahankan negara Malaysia bertanggungjawab memelihara alam sekitar negara Malaysia.
bertanggungjawab memelihara alam sekitar negara Malaysia.


bertanggungjawab memelihara dan memulihara tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar negara Malaysia.
bertanggungjawab menjaga kemudahan yang ada prihatin terhadap kesan penerokaan sumber.

3. Mencintai negara Malaysia berbangga dan bersyukur terhadap kesesuaian cuaca dan iklim di Malaysia ke atas penduduk dan alam sekitar


Cara-cara menunjukkan rasa cinta akan negara dan melahirkan nilai patriotisme

Telah banyak kemajuan yang kita dapat lihat, sejak zaman kemerdekaan sehinggalah ke hari ini. Sebagai rakyat, kita harus berbangga dengan kemajuan ini. Kita perlu mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan, serta kemajuan yang kita kecapi ini. Masyarakat pada zaman penjajahan sanggup dan rela berkorban nyawa dan harta benda demi negara. Contohnya, pejuang-pejuang negara yang bangun menentang penjajahan British. Mereka tabah, gigih dan sanggup melakukan apa-apa sahaja demi negara.

Kita perlu membuka minda dan fikiran supaya sedar bahawa kita perlu menghadapi
saingan globilasasi dalam semua aspek. Kita perlu rela melakukan apa-apa sahaja

untuk menghadapi saingan ini. Salah satu cara adalah dengan meningkatkan
pengetahuan kita dalam pelbagai bidang. Dengan ilmu, kita akan lebih bersedia
menghadapi cabaran dan ancaman masa depan. Kita juga dapat membantu mempertahan
masyarakat, bangsa dan negara. Oleh itu, kita mestilah sanggup menuntut ilmu walau
di mana-mana jua.

Kesimpulannya, rakyat Malaysia haruslah sentiasa sedar tentang cabaran dan ancaman

yang menanti. Janganlah leka dengan kemewahan yang kita nikmati kini. Jika
masyarakat pada zaman penjajahan sanggup melakukan apa-apa sahaja dan berkorban
nyawa dan harta, apatah lagi kita pada zaman ini. Sesungguhnya perjuangan kita
belum selesai.